THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

SELAMAT DATANG KE LAMAN PKBM(D) InSTAR

LATAR BELAKANG & SEJARAH PKBM DARAT



Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) telah diiktiraf dengan rasminya di bawah Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No.46 tahun 1952). Dengan ordinan tersebut PKBM adalah terletak di bawah Portfolio Menteri Pelajaran. Ini termasuklah bertanggungjawab di atas aspek pentadbiran, penubuhan kawalan dan kewangan mengikut kuasa yang terdapat dalam Akta PKBM 1 1967 (No.68 tahun 1967) dan Undang-Undang Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1954.



Ordinan tersebut juga melantik Majlis Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan sebagai Badan Penasihat dalam semua aspek berkaitan dengan pembentukan dan pembesaran unit PKBM , organisasi dan pembubaran, penubuhan unit-unitnya, pentauliahan, kenaikan dan penurunan pangkat pegawai-pegawai kadet. Kementerian Pertahanan juga adalah bertanggungjawab dalam pengendalian latihan yang teratur dan pentadbiran am yang meliputi pembekalan senjata, peluru latihan, bantuan latihan dan peralatan-peralatan logistik yang lain.









LAMBANG PKBM DARAT

LAMBANG PKBM DARAT

Saturday, April 14, 2012

LATIHAN MINGGUAN 18 APRIL 2012

LATIHAN PERBARISAN SERAH MENYERAH TUGAS KOMPENI SARJAN MEJAR

LATIHAN KAWAD BERJALAN LALU DLM MASA PERLAHAN DAN CEPAT, TUKAR HALUAN, TARIAN PERANG

PAKAIAN : NO.3B KAWAD

Monday, March 22, 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN

MULAI MNGGU INI DAN SETERUSNYA SEMUA ANGGOTA DIKEHENDAKI ROLL CALL PADA SETIAP HARI RABU JAM 1020 DI PADANG KAWAD, MARKAS PKBM(D)

Thursday, March 11, 2010

PKBM(D) SBPI PEKAN 2009/2010


Sunday, March 7, 2010

AKTIVITI MINGGU INI:

24 MAC 2010 (RABU) 1445H
LATIHAN INTENSIF KHEMAH TAHUNAN

25 MAC 2010 (KHAMIS) 1445H
LATIHAN INTENSIF KHEMAH TAHUNAN

Thursday, March 4, 2010

SEJARAH PENUBUHAN PKBM(D) SBP INTEGRASI PEKAN

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Lt.M Nik Zulhazri Bin Nik Sin yang merupakan seorang guru di sekolah berkenaan dan juga merupakan Bekas Pegawai Muda dari PALAPES Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Berbekalkan semangat ketenteraan yang tinggi serta pengalaman yang ditimba semasa menjadi pegawai kadet PALAPES UTM dari tahun 2001 hingga ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Wataniah pada tahun 2004, maka beliau menubuhkan PKBM(D) SBPI PEKAN melalui pengetua pada masa itu Tuan Haji Mokhtar Bin Abdullah yang juga merupakan bekas anggota PKBM semasa zaman persekolahannya.

Penubuhan PKBM(D) SBPI PEKAN melalui proses serta prosedur yang rumit iaitu mengikut kronologi berikut:

1. mengumpulkan senarai nama pelajar yang berminat dan membentuk satu jawatankuasa penubuh yang ditandatangai oleh dua orang guru dan 63 pelajar dari tingkatan dua hingga lima

2. mengemukakan surat kebenaran memohon menubuhkan pasukan kepada pengetua. Setelah mendapat kelulusan, pihak sekolah melalui pengetua memanjangkan permohonan penubuhan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang melaui Ketua Sektor Pengurusan Ko-Kurikulum.

3. setelah mendapat kelulusan daripada pengarah pelajaran negeri, permohonan penubuhan dipanjangkan kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran melalui Unit Pengurusan Ko-Kurikulum. setelah mendapat kelulusan permohonan penubuhan dipanjangkan lagi kepada Panglima Markas Medan Tentera Darat untuk diambil tindakan

4. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak angkatan tentera khasnya pihak Markas Medan Tentera Darat seterusnya mengemukakan kelulusan melalui Kementerian Pelajaran kemudian Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan seterusnya kepada pihak sekolah. Masa yang dilalui sepanjang proses ini memakan masa hampir 2 tahun.

5. Pada tahun 2007, kelulusan penubuhan telah diberikan dan pengetua mengumumkan sekolah akan mewujudkan PKBM di SBPI Pekan. Akan tetapi PKBM(D) SBPIP mengalami masalah keperluan logistik dan pakaian anggota disebabkan kelewatan Markas 4Briged Mekanis menentukan unit gabungan yang akan menaungi PKBM SBPIP. Kelewatan ini memakan masa hampir setahun.

6. Pada Jan 2008, pihak sekolah mendapat maklumbalas dari Markas 4Briged Mekanis bahawasanya PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT) SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI PEKAN diletakkan di bawah unit gabungan 4 Kompeni Kor Polis Tentera DiRaja yang berpangkalan di Markas 4Briged Mekanis, Kem Bt10 Kuantan.